Sabun Gelenggang



Sabun Gelenggang

Sabun ini dihasilkan dengan menggunakan 100% bahan semulajadi dan bahan utamanya adalah pati daun gelenggang.

Sabun Gelenggang berfungsi untuk merawat permukaan luar kulit yang telah dijangkiti bakteria/penyakit atau kulat. Bahan kimia semulajadi yang terdapat dalam daun gelenggang akan merencatkan aktiviti bakteria/kulat tersebut pada permukaan kulit.

Penggunaan sabun lebih kerap pada permukaan kulit yang bermasalah amat membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit.

Selain dari itu penggunaan sabun ini juga akan membantu untuk mengelakkan penyakit tersebut dari merebak ke kawasan lain pada kulit kita.

Fungsi Sabun Gelenggang:
 

  • Memberi kelegaan pada kegatalan kulit dan  pelbagai penyakit berkaitan jangkitan kulat & parasit (kurap, panau, kudis)
  • Merawat kesan gigitan serangga.
  • Anti bakteria / kulat
  • Memberi khasiat kepada kulit.
  • Merawat jangkitan Tinea (Jangkitan kulit atau kuku yang disebabkan dari kulat dan muncul sebagai gatal bertompok bulat)
  • Ekzema
  • Gatal-gatal
  • Merawat masalah kelumumur dan kegatalan pada kepala
  • Menanggalkan daki
  • Menghilangkan bau badan

 

Untuk mendapatkan kesan penyembuhan optimum disyorkan proses rawatan dilakukan secara luaran dan juga dalaman. Rawatan dalaman adalah dengan menggunakan krim.



No comments

Powered by Blogger.