Kaedah Penyediaan Daun Gelenggang Secara Tradisional
Kami akan kongsikan kaedah penyediaan daun gelenggang bagi tujuan merawat penyakit kulit seperti panau, kurap, kayap, kudis dll. Tidak ada orang yang gembira apabila mengidap penyakit kulit, kerana ianya akan menimbulkan ketidakselesaan seperti kegatalan, perasaan malu, berbau busuk dll.
Jadi bagi mengubati
panau, kurap serta kudis buta dll, anda bolehlah menggunakan khasiat yang
dimiliki daun gelenggang.
Langkah-langkah:
- Ambil beberapa helai daun gelenggang dan bersihkannya.
- Tumbuk daun gelenggang tadi hingga lumat. Pada masa yang sama, tambahkan sikit minyak tanah.
- Kemudian sapu/lumurkan daun yang telah lumat tadi ke bahagian yang dijangkiti penyakit kulit.
Ulangi 3 langkah yang dinyatakan sehinggalah penyakit panau, kurap atau kudis buta anda sembuh. Mudah-mudahan anda sentiasa sabar sebelum menikmati hasilnya.





Post a Comment